Saturday, January 31, 2009

CUKUP SEKALI KITA KEHILANGAN BATU GELIGA

Naga Penjaga Mt.Kinabalu:

Ramai di antara kita tidak mengetahui akan cerita legenda mengisahkan dua ekor naga menjaga dan mengawal Mt. Kinabalu. Malah Mt, Kinabalu juga dikatakan menjadi istana kepada dua ekor naga tersebut.

Ini lah kisah legenda yang di perturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi bagi suku kaum Dusun. Popularnya cerita ini mengingatkan saya kepada kepercayaan suku kaum dusun yang mempercayai bahawa Mt.Kinabalu merupakan destinasi terakhir roh-roh bagi manusia yang meninggal dunia.

Kisah lagenda dua ekor naga ini, disulami dengan kehebatannya yang memiliki batu geliga yang berapi. Batu geliga ini dikatakan batu sakti (batu hikmat). Dipercayai bahawa apabila dua ekor naga ini sedang bermain batu geliga tersebut akan jelas kelihatan dilambung dari gunung tersebut yang boleh kelihatan dari bawah. Oleh kerana batu ini dikatakan sakti apabila ia kelihatan dari puncak gunung sedang menyala maka kepercayaan suku kaum dusun adalah ia boleh membawa kemakmuran dan kekayaan.

Dipercayai cerita ini berakhir apabila batu geliga itu telah berjaya dicuri oleh sekumpulan tentera dari China. Tentera ini dikatakan mengunakan layang-layang untuk mendapatkan batu geliga sakti. Ironinya sejak kejadian itu dua naga tersebut telah lenyap bersama kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dari permainan batu geliga tersebut.

Ada yang berpendapat bahawa suku kaum Dusun agak ketinggalan dalam segala aspek, lantaran mereka masih mengenggam erat cerita lagenda ini. Oleh yang demikian, anggapan yang terus merajai mereka adalah kekayaan sukar untuk diterokai dan kecapi dengan hilangnya batu geliga sakti.

Namun ia akan terus menjadi bualan yang mewarnai cerita lagenda di Sabah. Hakikatnya kini, suku kaum Dusun sudah mula bangkit dan bersaing dalam segenap sudut sama ada pendidikan, ekonomi dan sosial. Malah negeri sabah pernah diterajui (Ketua Menteri) oleh anak jati suku kaum Dusun.

Cerita ini mungkin belum dibukukan dan mungkin tidak dikongsi oleh semua anak jati d Sabah tapi hikmah cerita ini sangat luas untuk diterokai dan untuk kita fikirkan bersama.

Kepada genarasi muda *suku kaum Dusun di negeri Sabah, khususnya kawasan Kota Marudu yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang profesional supaya bersabar dalam berhadapan dengan ketidakstabilan politik yang sering bergolak dan berubah.

Jangan sampai kita kehilangan batu geliga sakti untuk yang kedua kalinya...






SALAM

SALAM SEMUA...bersama berkongsi idea menjadi pemikir terhebat dunia.